- »

Thursday, May 14, 2009

SYAITAN BER'MOU' DENGAN NAFSU



Hakikat bahawa syaitan adalah musuh ketat manusia.Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa musuh yang paling ketat adalah di dalam diri mereka sendiri.Musuh itu adalah NAFSU.Nafsu jahat yag berada di dalam diri manusia menyamai dengan 70 syaitan.

Nafsu ada dua jenis, iaitu nafsu baik dan dan jahat.Nafsu yang baik seteru syaitan manakala nafsu jahat kawan syaitan.Oleh itu hati kita perlu dibersihkan supaya tidak dipengaruhi oleh nafsu jahat.

Hati sebenarnya adalah 'rumah Allah' dalam ertikata tempat kita mengingati Allah.Kenapa hati kita jarang mengingati Allah sama secara zikir lisan atau hati.Ini tidak lain berpunca daripada pengaruh Syaitan dibantu oleh musuh dalam selimut -nafsu kita.

Lantaran perjanjian MOU antara syaitan dan nafsu untuk menjerumuskan manusia ke dalam neraka, maka kita sering diabaikan dengan perkara-perkara lain selain mengingati Allah.Syaitan telah bersumpah dari azali lagi untuk merosakkan seluruh manusia.

Bagaimana kita hendak mempertahankan diri dari serangan iblis yang kita tidak nampak.Walaupun kita tidak nampak syaitan, tapi kita mempunyai Allah untuk meminta perlindungan dari gangguan syaitan yang kena rejam.Syaitan takut orang yang banyak mengingati Allah.

Oleh itu, senjata untuk melawan syaitan adalah dengan mengingati Allah.

0 comments: