- »

Monday, October 11, 2010

Kehebatan Maher Zain sebagai penyanyi nasyid


Biodata:

Nama: Maher Zain
Umur: 29 tahun

Kerakyatan: Sweden (Berasal dari Lubnan)
Status : Berkahwin

Pendidikan: BA in Aeronautical Engineering

Pekerjaan Terdahulu: Produser muzik Pernah Terlibat Dalam Projek Bersama: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc Album: Thank You Allah Jumlah Lagu: 13 Tarikh Pasaran: 1 November 2009
Syarikat : Awakening Records
Award: Best Religious Song for 2009 from Nujoom FM (Egypt™s biggest music radion station) for 'Ya Nabi Salam Alayka'

Sedang baru je album pertama terbit di pasaran, nama beliau sudah menjadi sebutan ramai, dari budak skolah, student IPT smpai ke pakcik makcik, itulah aura dn kehebatan Maher Zain, penasyid baru yg berasal dari Lubnan dn sekarangnya menetap di New York.

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli, Lubnan. Keluarganya berpindah
ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti 'Whine Up' dan 'Run the Show'.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut 'mimpi', "saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar".