- »

Sunday, June 27, 2010

Bergurau seperti Rasulullah S.A.W


Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan yang patut kita ikuti kerana firman Allah di dalam surah al-Qalam ayat 4 yang bermaksud “Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.”

Mungkin kita jarang mendengar bagaimana cara Rsaulullah bergurau dengan para sahabat dan juga isteri baginda. Di sini diturunkan beberapa kisah cara Rasulullah bergurau.

Orang Tua Tidak Layak Masuk Syurga

Pada suatu hari datang seorang wanita tua menemui Rasulullah untuk meminta doa baginda supaya wanita tua itu boleh memasuki syurga. Baginda s.a.w bersabda:

“Wahai makcik!syurga tidak akan dimasuki oleh wanita tua sepertimu!”.
Jawapan Rasulullah itu membuatkan wanita tua itu menangis tersedu-sedu. Setelah itu barulah Rasulullah menjelaskan kepada wanita tua dan para sahabat baginda bahawa syurga tidak akan dimasuki orang yang sudah tua kerana pada ketika itu manusia akan memasuki syurga dalam umur yang muda tidak kira sama ada ketika di dunia dia mati dalam usia tua atau muda.

Lelaki Badwi Bernama Zahir

Dalam sebuah riwayat yang lain, seorang lelaki Badwi bernama Zahir sering memberi hadiah kepada Nabi s.a.w. Akhlaknya yang istiqamah dalam memberikan hadiah kepada Rasulullah s.a.w menyebabkan baginda menyayanginya.

Suatu hari ketika Rasulullah memeluk Zahir dari belakang di pasar madinah menyebabkannya terkejut dan terus menjerit:

”Lepaskan saya, lepaskan saya!”

Lalu Rasulullah bergurau dengan para sahabat yang berada dlam pasar Madinah dengan sabdanya yang bermaksud:

“Siapa yang mahu membeli hamba?”

Apabila Zahir menyedari bahawa Rasulullah s.a.w yang memeluknya, dia lantas bertanya:

“Wahai Rasulullah, adakah engkau mahu menjual aku? Aku bukanlah seorang yang kacak juga bukanlah seorang yang kaya”.

Lantas Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya engkau di sisi Allah adalah teramat mahal!!”
Begitulah serba sedikit cara Rasulullah s.a.w dalam bergurau. Jika dilihat gurauan baginda sentiasa berpaksikan kebenaran kerna sesungguhnya baginda selalu mengatakan yang benar sepanjang hayat baginda.

Monday, June 21, 2010

Nantikan aku di batas waktu


Dikedalaman hatiku tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan
Lewat kesalihanmu yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau kukelu tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan

Reff :
Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi

Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu
Nantikanku dibatas waktu

Tuesday, June 1, 2010

Israel Serang Kapal Bantuan Gaza


Pasukan Israel menyerang armada kapal bantuan kemanusiaan bagi penduduk Palestina di Gaza. Menurut sebuah lembaga bantuan Turki yang dikutip oleh media Turki, setidaknya dua orang tewas dan lebih dari 30 orang cedera akibat serangan itu.

Laporan yang disiarkan Senin pagi (31/5) menayangkan cuplikan gambar dari armada kapal Marmara Mavi. Gambar itu menunjukkan tentara Israel bersenjata menggunakan kapal dan helikopter yang terbang di atas kapal tersebut.

Sebelumnya, Angkatan Laut Israel telah menghubungi kapten Marmara Mavi, meminta untuk mengidentifikasi dirinya dan mengatakan di mana kapal itu pergi. Tak lama setelah itu, dua kapal angkatan laut Israel telah mengapit armada bantuan kemanusiaan itu dari kedua sisinya.

Kapal-kapal bantuan itu kemudian berusaha mengubah rute pelayaran untuk menghindari konfrontasi pada malam hari. Mereka juga mengeluarkan semua jaket penyelamat kehidupan dan meminta mereka untuk tetap di bawah dek.

Doa untuk GAZA :

Maka kami menuntut janji-janji itu. Perkenankanlah doa-doa kami. Bantulah kami. Bantulah saudara-saudara kami. Sesungguhnya kami yang lemah ini hanya mempunyai kekuatanMu sebagai payung dari hujan kejahatan musuh-musuh kami dan musuh-musuhMu.

Ya RABB... YA RABB... YA RABB..

KAU Sahaja tempat kami mengadu atas kesusahan kami dan kelemahan kami

KAU makbulkanlah doa ini atas doa hamba-hambaMu yang soleh, KAU makbulkan doa ini atas amalan soleh yang telah kami lakukan secara sengaja atau tak sengaja. KAU makbulkanlah doa ini atas cinta dan kasihMu kepada Rasulullah SAW...

Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya ALLAH...

Selamatkanlah kami hamba-hambaMu ini dari tangan-tangan yahudi dan segala kuncu-kuncunya.

Sesungguhnya KAU sahajalah penjaga kami, kepada KAU sahajalah kami berharap, kepada KAU sahajalah kami bergantung harap.

Tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM.

Segala puji kami rafa’kan kepadaMu Yang Paling Besar, Yang Paling Kuat, Yang Paling Perkasa, Yang Paling Agung. Selawat dan salam kami utuskan kepada Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, seluruh sahabatnya, dan semua mereka yang menuruti mereka hingga masa ke semasa hingga ke hari kiamat.

Amiiin...