- »

Saturday, May 30, 2009

Cinta Sejati



Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad s.a.w.Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun.Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa.Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis.Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban.Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah s.a.w.Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap.Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali.Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu.Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkn tidak dimasukkan ke syurga langsung.Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu.Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR

  • Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskn keimanan yang tulen.

  • Mencintai rasul bermakna mencintai Allah.

  • Kita bersama siapa yang kita sayangi.Jika di dunia sayangkan nabi, InsyaAllah kita bersama nabi di akhirat kelak.

  • Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu.

  • Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak.

  • Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.

  • Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.

  • Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan

Lelaki Haram Bergelang Tangan


Kejahilan dan kadangkala untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikit-ikut dengan tindakan, penampilan cara hidup orang kafir.

Musuh islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan.Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan.Bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain lagi yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat Allah s.w.t. Apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Hadis Imran Bin Hussein r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepa lelaki berkenaan.

" Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata, " Ia adalah gelang perubatan."

Rasulullah bersabda, " Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa ( faedah walaupun untuk tujuan perubatan ). Buangkan benda itu dari diri anda. Jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya ( selamat ) untuk selama-lamanya."Hadis Sahih yang ke-19, 885 Riwayat Imam Ahmad.



Pemakaian gelang pada hari in, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri bahkan perdana menteri sekalipun. Sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.



Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya mudah dikenali jika berlaku sebarang kes hilang, kemalangan dan sebagainya.

Jenis-jenis gelang yang diHARAMkan bagi lelaki :
  1. Gelang Kayu

  2. Gelang Kristal

  3. Gelang Tasbih

  4. Gelang Getah / Plastik

  5. Gelang Bermagnet

  6. Gelang Besi Tabung Haji ( apabila berada di Malaysia )


Jenis-jenis gelang yang diharuskan :

  1. Gelang pesakit di hospital (sebagai tanda nama pesakit jiwa dan wad)

  2. Gelang pesalah / penjenayah (dipakai oleh penjanayah yang ditangkap polis)

  3. Gelang kaki bagi pesakit gila / jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

Berilmu sebelum solat itu wajib


Sebelum kita bersolat, terlebih dahulu kita wajib belajar dan menuntut ilmu tentang ibadah yang akan kita kerjakan, supaya nanti ibadah yang kita laksanakan itu molek dan sempurna.

Kerana jika tidak dipelajari, besar kemungkinan ibadah yang kita lakukan itu tidak sah atau rosak.Paling teruk pun, rendah mutunya.

Justeru pentingnya ilmu sebelum beribadah ini maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :


Ilmu itu merupakan iman kepada amal, sedangkan amal itu pula menjadi pengikutnya (sebagai makmum)
Hadith Riwayat Abu Nu'aim


Sabdanya lagi yang bermaksud :

Bahawasanya tidur dalam keadaan berilmu adalah terlebih baik dari solat dalam keadaan jahil.
Hadith Riwayat Abu Na'aim

Selain itu, dengan ilmu yang kita pelajari ini, akan membuatkan seseorang itu berasa benar-benartakut kepada Allah s.w.t. Firman Allah dalam surah Al-Fathir ayat 28 yang
bermaksud :


Sesesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hambaNya ialah para ilmuan(yang beriman).

Perasaan takut kepada Allah akan menimbulkan rasa kehebatan, keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan dan kekudusan Allah s.w.t.

Dari perasaan takut itulah yang akan menghasilkan khusyuk yang merupakan perkara yang amat penting sekali dalam ibadah seseorang hamba Allah yang mahukan kemenangan dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 yang bermaksud :


Sesungguhnya telah beruntunglah orang-orang yang berilmu. (iaitu) orang- orang yang khusyuk dalam solatnya.

Saturday, May 23, 2009

Pesanan Bumi Kepada Manusia




Berkata Anas Bin Malik r.a

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara :

  1. Wahai Anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

  2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

  3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

  4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

  5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

  6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan ulat di dalam perutku.

  7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

  8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

  9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku tetapi ingatlah Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

  10. Engkau hidup di belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Thursday, May 21, 2009

Kenapa Doa Tidak Dimakbulkan


Kata Ibrahim Bin Adham : Doa kamu tertolak kerana hati kamu mati.


Hati kamu mati kerana 8 sebab iaitu :

  1. Kamu mengetahui hak-hak Allah tetapi kamu tidak menunaikannya.
  2. Kamu selalu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamal isi kandungannya.
  3. Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya.
  4. Kamu mengatakan takut kepada kematian tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
  5. Allah s.w.t memberitau bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata tetapi kamu bersahabat dengannya.
  6. Kamu mengaku takut dimasukkan ke dalam neraka tetapi kamu masih melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu dicampak ke dalamnya.
  7. Kamu mengaku kamu suka masuk ke dalam syurga tetapi kamu tidak pernah berusaha membuat amal-amal kebaikan supaya kamu dimasukkan kedalamnya.
  8. Setiap hari kamu berusaha menutup aib kamu tetapi dalam masa yang sama kamu tidak bosan-bosan membuka aib orang lain.

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka Dia Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA ingin MengujiMu, Bila DIA tidak Makbulkan Doamu, Maka DIA Merancang Sesuatu yang lebih baik untukmu."

Wednesday, May 20, 2009

Petanda Kiamat Makin Hampir


1. Penaklukan Baitulmuqaddis


Dari Auf b. Malik r.a katanya,

Rasulullah s.a.w telah bersabda : 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah satu diantaranya iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Sahih Bukhari-

* Dah jadi dah...

2. Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar ( keldai ).Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim-

* Dah jadi dah...

3. Bermaharajalela alat muzik

" Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.Ada yang bertanya
kepada Rasulullah, Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi? Baginda menjawab, Apabila telah
bermaharajalela bunyian ( muzik ) & penyanyi wanita"
-Ibnu Majah-

* Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4. Menghias masjid & membanggakannya.

" Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan
masjid."
- Riwayat Nasai-

* Dah nampak dah...

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik

" Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga. "
-Riwayat Ahmad & Hakim-

* Ada anak tak mengaku ada mak & ayah kerana malu...

6. Ramai orang soleh meninggal dunia

" Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama
di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang hina & buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran."
-Riwayat Ahmad & Hakim-

* Boleh kire berapa jer para Ulama yang tinggal...

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

" Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka bin Luka ( orang
yang bodoh & hina ). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang
diapit oleh orang mulia."
-Riwayat Thabrani-

* George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada...

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

" Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja."
- Riwayat Ahmad-

* Jiran sesama islam pun tak bertegur sapa...

9. Banyaknya wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
" Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. " Di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah akan
muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

* Fesyen zaman sekarang (tube,spaghetti strap,g-string, etc...

10. Bulan sabit kelihatan besar.

" Diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan
sabit."
-Riwayat Thabrani

* tak caya gi tengok...

11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

" Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar
oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar meraka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu."
-Sahih Muslim-

* Siaran TV kerajaan & swasta, akhbar2 harian & majalah yang popular sekarang
nie...

12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

" Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan
kesaksian yang benar."
-Riwayat Ahmad-

* Tengok kes peperangan di Iraq...

13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

" Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput &
sungai."
-Sahih Muslim-

* Dubai dah turun salji..Mina dah kena banjir...

Tuesday, May 19, 2009

Kelebihan Lelaki Pada Akalnya


Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasangan iaitu lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dan dijadikan bukti keangungan Allah.Satu contoh dalam kejadian manusia , Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita.Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki.Contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun wanita dipandang mulia .Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini.Begitu juga dengan lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan akibat sesuatu perkara.Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam.Namun apa dah jadi pada zaman sekarang.Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi.bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam.Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya.Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita sepatutnya malu dah tiada malu.Lelaki pula yag sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka.Perempuan dengan gejala dedah dan lelaki pula dengan gejala dadah.


Thursday, May 14, 2009

SYAITAN BER'MOU' DENGAN NAFSU



Hakikat bahawa syaitan adalah musuh ketat manusia.Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa musuh yang paling ketat adalah di dalam diri mereka sendiri.Musuh itu adalah NAFSU.Nafsu jahat yag berada di dalam diri manusia menyamai dengan 70 syaitan.

Nafsu ada dua jenis, iaitu nafsu baik dan dan jahat.Nafsu yang baik seteru syaitan manakala nafsu jahat kawan syaitan.Oleh itu hati kita perlu dibersihkan supaya tidak dipengaruhi oleh nafsu jahat.

Hati sebenarnya adalah 'rumah Allah' dalam ertikata tempat kita mengingati Allah.Kenapa hati kita jarang mengingati Allah sama secara zikir lisan atau hati.Ini tidak lain berpunca daripada pengaruh Syaitan dibantu oleh musuh dalam selimut -nafsu kita.

Lantaran perjanjian MOU antara syaitan dan nafsu untuk menjerumuskan manusia ke dalam neraka, maka kita sering diabaikan dengan perkara-perkara lain selain mengingati Allah.Syaitan telah bersumpah dari azali lagi untuk merosakkan seluruh manusia.

Bagaimana kita hendak mempertahankan diri dari serangan iblis yang kita tidak nampak.Walaupun kita tidak nampak syaitan, tapi kita mempunyai Allah untuk meminta perlindungan dari gangguan syaitan yang kena rejam.Syaitan takut orang yang banyak mengingati Allah.

Oleh itu, senjata untuk melawan syaitan adalah dengan mengingati Allah.

Solat Itu Tiang Agama



Solat adalah tiang agama.Bayangkan sebuah rumah yang dibina tanpa tiang.Mampukah rumah itu dapat berdiri kukuh???Begitulah pegangan hidup kita ini.Allah s.w.t telah mewajibkan solat sebanyak 5 waktu kepada setiap umat islam.Pada zaman kini,solat semakin diabaikan .Bukan sahaja dikalangan remaja, bahkan juga dikalangan orang dewasa.Pelbagai alasan diberikan semata-mata untuk meninggalkan tuntutan ini.Bermacam-macam alasan yang diberikan seperti tak ada tempat bersih,pakaian kotor, dan sebagainya.Ini sepatutnya tidak menjadi satu masalah kerana solat boleh dirunaikan di mana-mana kecuali di kuburan dan di tempat mandian.Hal ini sepertimana yang disabda oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud :


" Semua tempat adalah masjid, kecuali kuburan dan tempat pemandian."


-Hadith diriwayatkan oleh Imam Ahmad-


Kita sendiri dapat melihat begitu ramai manusia yang sanggup beratur panjang dari awal petang semata-mata untuk menghadiri konsert yang akan bermula pukul 10 malam.Namun berapa ramaikah yang sanggup untuk pergi ke tempat solat seawal waktu itu semata-mata untuk menunaikan tuntutan penciptaan mereka sebagai hamba Allah.Bukankah Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah Adz-Zariyyat ayat 56 yang bermaksud :


"Tidakkah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."


Oleh itu sedarlah wahai umat Islam semua bahawa di mana sahaja kita berada, solat WAJIB ditunaikan .Elakkanlah daripada memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah.Sesungguhnya ISLAM bukanlah satu cara hidup yang membebankan tetapi ISLAM itu begitu mudah sekali.

Lu pikirlah sendiri.

Wednesday, May 13, 2009

Masa Itu Emas



Masa adalah satu kehidupan.Sesaat yang berlalu tidak boleh diperolehi kembali


Walaupun dibayar dengan segunung emas atau dunia dan isinya


Justeru itu hargailah masa


Membuang masa dan mempersia-siakan kehidupan ini kerana sesungguhnya


masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak menjaganya dengan baik


nescaya ia akan memenggal lehermu sendiri.

5 PERKARA ELOK DISEBUT



Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Sebab-sebab bila mana jatuh dayus kepada seseorang kaum lelaki


1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan
lelaki apa
dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain )
semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan

mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya
ibubapa ’sporting’ yang memahami.
6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai
pakaian yang seksi di luar rumah.
7. Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, One In A Million,
Mystarz LG dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia
bukan mahram.
8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,
kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang
lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.
9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna

(melabuhkan tudung hingga ke dada)
10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf
oleh
Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan
keperluan yang tiada pilihan.
12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan
wujudnya
klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang

cemburu.
14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta

lelaki tanpa sebarang pemerhatian.