- »

Saturday, February 27, 2010

Guna Istikharah Untuk Paksa Kahwin



" Dulu saya pernah berkawan dengan seorang lelaki dan akhirnya putus, walaubagaimanapun, lelaki tersebut tidak berpuas hati dan mengatakan dia telah melakukan istikharah dan dia pasti saya adalah teman hidupnya dan mengatakan sekiranya saya berkahwin saya mungkin akan bercerai atau suami saya akan mati dan akhirnya saya tetap berkahwin dengan dia (adakah lelaki ini berdosa cakap macam tu).

Saya agak risau pada mulanya kerana bila saya istikharah saya tak nampak apa-apa (mungkin tidak khusyuk atau tak tau laa) sehingga saya jadi ragu-ragu.

Sekarang saya telah berkahwin dengan lelaki lain (suami saya sekarang) dan saya berharap hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat"

Minta pandangan ustaz, adakah lelaki itu "jahat" kerana menggunakan alasan istikharah untuk memaksa orang mengahwininya.

Jawapan Ustaz :

1. Perlu fahami konsep istikharah terlebih dahulu.Antara yang perlu difahami adalah, bagi mendapat tanda yang benar, setiap individu yang ingin melakukan istikaharah ini mestilah membersihkan niat dan hatinya dari sebarang pilihannya SEBELUM melakukan istikharah ini serta benar-benar berniat bahawa ia akan menerima apa sahaja pilihan yang akan diperolehinya dari istikharah tadi.

Berdasarkan hadith sahih yg bermaksud :

Adalah Rasulullah s.a.w mengajar kami melakukan istikharah (meminta petunjuk) sama sepertimana mengajar kami surah-surah Al-Quran. Apabila seseorang kamu mempunyai sesuatu hajat hendaklah dia solat solat dua raka'at dan kemudian berdoa.
( Riwayat Al-Bukhari, no 1109, 1/391)


2. Ugutan si lelaki adalah salah dan mendedahkan kelemahannya. Ia juga tergolong dalam hal yang ditegah oleh Islam. Dimana Islam menegah umatnya untuk menakutkan dan mengugut yang lain.

Ertinya : Para sahabat Nabi berjalan (jauh) bersama Nabi saw, lalu seorang dari mereka tidur, sebahagian mereka mula mengambil tali (lalu mengikatnya) dan mengejutkannya (menakutkannya), baginda mendengarnya lalu berkata : "Tidak halal seorang Muslim untuk menakutkan seorang Muslim yang lain" (terjemahan berdasarkan huraian kitab Mirqat Al-Mafatih, 7/103)

Kesimpulannye :

Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)


Kadangkala Allah hendak menguji kita untuk melihat sejauh mana keyakinan kita terhadapNya. Mungkin mimpi dari istikharah itu hanya sekadar ujianNya. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah...Semoga kita semua dipertemukan jodoh yang terbaik..Amin.


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH


Wallahualam..

Wednesday, February 3, 2010

The Best Of Maher Zain



Mungkin ramai yang sudah mengenali Maher Zain, tetapi ramai yang masih belum kenal siapa sebenarnya Maher Zain. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau sering berkumandang di internet atau radio. Liriknya yang menyentuh hati dan memberi maksud yang cukup mendalam jika dihayati.

Album terbarunya berjudul Thank You Allah telah mendapat perhatian orang ramai kerana lagunya yang berkonsep ke arah memuji kebesaran Allah.

Lagu yang menjadi perhatian adalah For The Rest of My Life, mungkin kerana liriknya yang lebih kepada bersyukur kepada Allah yang telah membuka mata hatinya kerana mengurniakan seseorang yang mengubah persepsinya terhadap cinta. Untuk sepanjang hayatnya (For The Rest of My Life) dia akan cuba mencintai pasangannya. Tidak lupa juga lagu Barakallah hu lakuma yang mungkin sesuai untuk mereka bakal melansungkan perkahwinan. Sama-samalah kita memdoakan pejuang-pejuang irama nasyid agar mereka terus memartabatkan industri nasyid...Amin....

Kepada sesiapa yang inginkan lagu-lagu maher zain, sila donwload kat sini...Selamat mendengar..