- »

Wednesday, July 29, 2009

Perempuan Idaman


PEREMPUAN YANG KU KASIHI

ADALAH PENCINTA TUHANNYA

YANG MENGALIR CINTA,TAKUT DAN HARAP

YANG MENGUASAI PERJALANAN HIDUPNYA

SETIAP MASA
SEHINGGA TUHAN MEMANGGILNYA
PEREMPUAN YANG KU RINDUI
ADALAH PEREMPUAN DI WAJAHNYA

TERPANCAR SINAR NUR ILAHI

LIDAHNYA BASAH DENGAN ZIKRULLAH
DI HATINYA SENTIASA
MEMBESARKAN ALLAH
PEREMPUAN YANG AKU CINTAI
YANG MENUTUP AURATNYA
DARI PANDANGAN MATA AJNABI
KEHORMATAN DIRINYA AMAT MAHAL NILAINYA
BIARPUN NAMANYA TIDAK TERKENAL DI BUMI

TETAPI DI LANGIT,IA DISANJUNG TINGGI
PEREMPUAN YANG AKU SAYANGI
BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA
YANG BERSABAR DENGAN APA YANG TIADA
CINTA PADA HIDUP YANG SEDERHANA
YANG TIDAK BERMATA DUNIA

PEREMPUAN YANG AKU SUKAI
ADALAH SEJUK MATA MEMANDANG

TERLIHAT KELUHURAN AKHLAKNY
A
MENJADI SUMBER KETENANGAN JIWA

BILA HATI DALAM KERESAHAN

PEREMPUAN YA
NG AKU IDAMI
ADALAH YANG MENGINGATKAN HATIKU
PADA AR RAHMAN,AR RAHIM
BILA ROHKU MELUPAI JANJI JANJI PADA ILAHI

PER
EMPUAN YANG AKU SANJUNGI
MENJADI DIAN PADA DIRINYA SENDIRI

MENJADI PELITA DALAM HIDUPKU
UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN
KEMUDIAN HARI
SEMOGA PEREMPUAN YANG SELALU BERADA
DALAM DOAKU
ADALAH ENGKAU…..(BAKAL) ISTERIKU
AMIN YA ROBBANA ALAMIN..







Sunday, July 5, 2009

Kelebihan Bulan Rejab


Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:


Puasa 1 hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.


Puasa 2 hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari – diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari – aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari – Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari – Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari – keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari – Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari – dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari – Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Kelebihan lain bulan Rejab:

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.