- »

Saturday, February 28, 2009

Jenazah Berubah Menjadi Babi Hutan



Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.
"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W. Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan. Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

Friday, February 27, 2009

4 Golongan Lelaki


Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempua! ! nnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

Thursday, February 26, 2009

Tabbaruj



Yang dimaksud dengan tabarruj ialah seorang wanita yang menampakkan perhiasannya dan keindahan tubuhnya serta apa-apa yang seharusnya wajib untuk ditutupi dari hal-hal yang dapat menarik syahwat lelaki. (Jilbab Al Mar'atil Muslimah halaman 120)


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :"Dan tinggallah kalian di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dengan tabarrujnya orang-orang jahiliyyah pertama dahulu." (Al Ahzab : 33)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. " ( QS An Nur : 31)
Rasulullah saw bersabda : Telah berkata Aishah r.a :” Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi s.a.w dengan memakai busana yang nipis.” Maka Nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan dianggota badan atau dipakaian adalah boleh membawa fitnah. Dengan ini Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan ini juga dinamakan TABARRUJ.


Ada pun di kalangan wanita bertudung sudah sempurna menutupi dada dan bahagian tubuhnya yang lain, tetapi mengenakan seluar panjang seperti ‘jean’ dan berbagai fesyen seluar di pasaran . Dengan hanya memakai baju lengan panjang separa bawah pinggul dan memakai seluar sebenarnya masih belum sempurna menutup aurat dan perbuatan ini boleh diistilahkan sebagai bertabarruj, sedangkan tabarruj itu haram. Ini kerana orang masih boleh melihat rentak dua kaki anda ketika berdiri dan ketika kaki dihayunkan ketika berjalan . Tetapi jika anda memakai kain mustahil orang lain dapat memerhatikan hayunan kaki anda. Jadi tidak salah sekiranya anda memakai kain dan memakai seluar panjang di dalamnya.

Suara lemah lembut adalah sebahagian daripada aurat wanita juga. Pengaruh suara wanita ke atas hati lelaki memang diakui juga oleh ahli-ahli psikologi moden. Oleh itu wanita yang beriman hendaklah jangan melunakkan suara mereka kepada lelaki ajnabi ketika ketika mereka sedang bermuamalah. Tetapi apa yang berlaku sekarang muda mudi kita kebanyakkan berebutan untuk menjadi penyanyi dan pelakon. Berbagai bentuk rancangan realiti tv diperkenalkan bagi mencungkil bakat yang terpendam seperti menyanyi , berlakon dan bidang peragaan. Apakah yang dikejar? Populariti yang tidak pasti atau Redha Allah yang berkekalan?

Selain itu, wanita dilarang sama sekali mengenakan bau-bauan atau perfume ketika keluar dari rumah . Di mana Rasulullah saw bersabda:

“Wanita apabila memakai wangi-wangian kemudia berjalan melalui majlis(laki-laki) maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

Tabarruj adalah salah satu sifat wanita yang tercela si sisi Allah s.w.t dan dapat menghantar wanita itu masuk ke dalam neraka.

Adalah sudah menjadi ciri-ciri mendekati akhir zaman bahawa kaum wanita itu akan beramai-ramai tabarruj. Dan para suami (orang tua) ini akan bangga dengan kelakuan anak/isterinya yang bertabarruj. Mereka menghalalkan tabarruj dan menyebutnya "Gaya Busana Islami".

Maka celakalah para suami, celaka pulalah juga para orang tua yang membiarkan kebiasaan ini.

Hendaklah manusia yang beriman (mukmin) mengikut kepada perintah ALLAH dan Rasul-NYA, mengikut jalan yang benar dan lurus. Yakni jalan-jalan yang menuju ke surga, nescaya tak ada lagi larangan dari ALLAH s.w.t. Di sana hanya ada kebahagiaan dan keselamatan kekal abadi abadan abada.

Tuesday, February 24, 2009

Malu Separuh Daripada Iman


MALU ITU SEPARUH IMAN. Begitu sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat.

Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah'
Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan.
Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita diperiksa.
Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.
Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.
Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.
Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakn muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.
Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.
Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin.

12 Barisan di Akhirat




Suatu ketika, Muaz Bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:

"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut..

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.

Saturday, February 21, 2009

Yang Menanti Hari Untuk Pergi



YANG MENANTI HARI UNTUK PERGI………… HIDUP DAN MATIKU HANYALAH PADAMU YA ALLAH……….. TELAH DATANG KEPADAKU DUA MALAIKAT MUNGKAR DAN NANKIR, JANGANLAH KAMU TAKUT DAN GENTAR DENGANNYA.... JAWABLAH DENGAN FASIH DAN JELAS..........


ALLAH TUHANKU.. ISLAM AGAMAKU... KIBLATULLAH KIBLATKU... ISLAM AGAMAKU.... SOLAT KEWAJIPANKU.... MASHYAR PERJALANANKU..........

YA ALLAH YANG TUHANKU AMPUNKANLAH DOSA- DOSAKU.. YANG DIRAPATI PELUKAN DOSA YANG DIHEMBUS ANGIN YANG MENDAYU.... TEMPATKANLAH AKU DI TEMPAT YANG PENUH KEINSAFAN........DAN PENUH KEIMANAN.... PERNAH KU BERMIMPI...... BERDIRI DI PADANG YANG LUAS, TANPA SEURAT BENANG PUN YANG MENUTUP KEAIBAN DUNIA... SEDIH NYA BETAPA KERDILNYA DIRI DI AGUNGNYA KEBESARAN ILAHI.............. KEMBALINYA AKU KE ASALKU, KE TEMPAT MAHA PENCIPTAKU....... DIMANA AKU DICIPTA............ KU REDHA ATAS PELUKAN DOSA YANG MENIMBUNGI DIRI DI AWANG- AWANGAN...............

DAN SEKUJUR TUBUH YANG MELIPUTI KAIN PUTIH...........

AL- FATIHAH YANG MENGIRINGI JASAD, AL- TALQIM YANG MEREPUTI PENYUDAH BEKALAN DUNIA......... DENGAN AKHIR DIKAFANI

LAILAAILAALLAH MUHAMMADA RASULULLAH............ AMIN...AMIN YARABULALAMIN...........

Friday, February 20, 2009

Malaikatmu



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ." Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia" "Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara." "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa" "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ? "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya" "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu" Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?" "Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU " Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.... Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...


Kotak Berisi Kasih



Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yg masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

"Untuk apa?" tanya si ayah.

"Nak bungkus haadiah" jawab si kecil.

"Jgn dibuang-buang ya?" pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, ayah...ada hadiah untuk ayah."

Si ayah yg masih mengeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah...nanti-nanti sahaja."

Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ayah, ayah, bangun ayah, dah pagi."

"Eh..kenapa ganggu ayah...masih terlalu awal lagi utk ayah bangun."

Ayah terpandang sebuah bungkusan yg telah dibalut dgn kertas pembungkus yg diberikan semlm.

"Hadiah apa ni?"

"Hadiah hari jadi utk ayah. Bukalah yah, buka sekarang."

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

"Eh..kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan ayah dah kata jgn buang-buang kertas bungkusan ayah. Membazir tu"

Si kecil menjawab, "Tak ayah...,ada isi tu...Tadi kan, Puteri masukkan byk sekali ciuman utk ayah."

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

"Puteri, ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, ayah akan mengambil satu. Nnt kalau kosong diisi lagi ya!"

Kotak kosong yg sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yg begitu tinggi. Apa yg terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yg sgt tinggi di mata si ayah, namun di mata org lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Org lain tetap akan menganggapmya sebuah kotak kosong.

10 Peringatan Bumi




Berkata Anas Bin Malik r. a :
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara..


  1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamku kelak.
  2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku kelak.
  3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku kelak.
  4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku kelak.
  5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku kelak.
  6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku kelak.
  7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku kelak.
  8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
  9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku kelak.
  10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku di suatu hari nanti..

Tuesday, February 17, 2009

Lelaki, Kucing & Ahli Sufi



Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??" Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"
Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA." Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.......

Monday, February 16, 2009

Doa Untuk Palestin



" Ya Allah...Tetapkanlah iman saudara2 seagamaku di palestine dan lubnan, semarakkanlah semangat jihad mereka...tiupkanlah kekuatan rohani dan fizikal ke dalam diri mereka..

Ya Allah..bantulah mereka dalam menjalani kehidupan mereka....bantulah mereka dalam memenangi peperangan ini......sesungguhnya Ya Allah..mereka berjuang demi agama islam, bangsa, negara, dan juga maruah mereka ya allah..

Ya Allah..lindungilah anak2 mereka...para wanita mereka...agar selamat..supaya di hati mereka yang bergelar pejuang itu..tiada gentar, tiada risau dan tenang selalu...

Ya Allah..Pertajamkanlah sasaran peluru mereka.....agar padu menembusi tubuh Yahudi laknat itu....kerana mereka itu cuba untuk merosakkan kebenaran agama mu Ya Allah..

Amin...Ya robbana alamin..

10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.



Sunday, February 15, 2009

Perempuan Idaman




PEREMPUAN YANG KU KASIHI

ADALAH PENCINTA TUHANNYA
YANG MENGALIR CINTA,TAKUT DAN HARAP
YANG MENGUASAI PERJALANAN HIDUPNYA
SETIAP MASA
SEHINGGA TUHAN MEMANGGILNYA

PEREMPUAN YANG KU RINDUI
ADALAH PEREMPUAN DI WAJAHNYA
TERPANCAR SINAR NUR ILAHI
LIDAHNYA BASAH DENGAN ZIKRULLAH
DI HATINYA SENTIASA
MEMBESARKAN ALLAH

PEREMPUAN YANG AKU CINTAI
YANG MENUTUP AURATNYA
DARI PANDANGAN MATA AJNABI
KEHORMATAN DIRINYA AMAT MAHAL NILAINYA
BIARPUN NAMANYA TIDAK TERKENAL DI BUMI
TETAPI DI LANGIT,IA DISANJUNG TINGGI

PEREMPUAN YANG AKU SAYANGI
BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA
YANG BERSABAR DENGAN APA YANG TIADA
CINTA PADA HIDUP YANG SEDERHANA
YANG TIDAK BERMATA DUNIA

PEREMPUAN YANG AKU SUKAI
ADALAH SEJUK MATA MEMANDANG
TERLIHAT KELUHURAN AKHLAKNYA
MENJADI SUMBER KETENANGAN JIWA
BILA HATI DALAM KERESAHAN

PEREMPUAN YANG AKU IDAMI
ADALAH YANG MENGINGATKAN HATIKU
PADA AR RAHMAN,AR RAHIM
BILA ROHKU MELUPAI JANJI JANJI PADA ILAHI

PEREMPUAN YANG AKU SANJUNGI
MENJADI DIAN PADA DIRINYA SENDIRI
MENJADI PELITA DALAM HIDUPKU
UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN
KEMUDIAN HARI
SEMOGA PEREMPUAN YANG SELALU BERADA
DALAM DOAKU
ADALAH ENGKAU….
AMIN YA RABBANA ALAMIN….

Setiap insan pasti merasakannya



Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali
Ke dunia nyata

Perjalanan rohku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda
Sebelum menjejak ke dunia

Menanti di barzakh
Sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
Tujuh langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu

Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah
Penantianku

Terbangkitnya aku
Dari sebuah kematian
Seakan ku dengari
Tangis mereka yang ku tinggalkan

Kehidupan di sini
Bukan suatu khayalan
Tetapi ia suatu hal kejadian

Kembali roh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi

Hanya kain putih yang
Membaluti tubuhku
Terkujur dan kaku
Jasad di dalam keranda kayu

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapa pun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali

Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali
Tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan
Gelap pekat di pandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan
Di alam barzakh
Jasad dikebumikan

Saturday, February 14, 2009

Doa untuk Sahabat..


Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku,
Kurniakanlah kesihatan yang baikpadanya,
terangihatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..
tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,
dunia dan akhirat…

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati
izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?

Ya Rabbana..
jagalah hatinya
agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati..
jika dia rindu,
rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku
tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
meyeru manusia kejalanMu..
Ya Allah Yang Tercinta..
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
jaganlah aku melampaui batas
sehingga melupakan daku pada cinta hakki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..
kurniakanlah sahabatku
kesenangan,ketenangan,kebahagiaan
dan kecemerlangan hidupdi dunia dan akhirat kelak..
Ya Rabbul Izzati..
bahagiakanlah hatinya
sebagaimana Engkau bahagiakan
hati-hati hambaMu yang lain… AMIN

Doa Untuk Kekasih..




' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .