- »

Monday, August 30, 2010

Aku Nak Jadi Kekasih Halalnya



Di atas hamparan sejadah suci

Hamba menadah kedua telapak tangan ini

Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu

Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu

Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…


Hati hamba merasa hambar dan sunyi

Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati

Jiwa hamba kosong dan takkan berisi

Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui

Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari

Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI

Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari

Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi

Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…


Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni

Sujud dahi hamba mencecah ke bumi

Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI

Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi

Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…


Ya Rabbul Izzati…

Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??

Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri

Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani

Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …


Hamba amat mendambakan cinta dariMu

Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu

Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu

Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu

Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…

Aku selalu mohon pada Ilahi agar aku mendapat jodoh dengan insan pilihanNya. Aku ingin cintaku dekat denganNya. Aku ingin mendapat bimbinganNya dalam melayari kehidupan bahagia yang ku idamkan.

Dalam mencari sebuah hikayat cinta

Hati yang tulus murni amat sukar ditemui

Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya

Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi

Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya

Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…

Hadirkanlah dalam cerita hidupku

Seorang insan bernama teman

Yang sentiasa berada di dalam doaku

Bersama diriku menempuh onak perjuangan

Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu

Agar dapat merasakan kemanisan iman…


Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu

Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah

Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu

Kerana syaitan akan menjadi pemisah

Antara cinta hakiki dan cinta palsu

Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah…

Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan

Dalam mencari cinta seorang insan

Bersenjatakan kekebalan iman

Berperisaikan doa dan kesabaran

Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan

Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…


Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni

Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI

Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci

Pada pandangan ALLAHURABBI

Agar berkekalan hingga ke syurga abadi

Dan berbahagia di taman indah firdausi…


Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini

Seorang teman hidup idaman hati

Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi

Dan mempunyai hati yang tulus suci

Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji

Dalam menghulurkan cinta sejati???

Semoga cinta yang sejati akan ku temui

Semoga hari itu akan menjadi saksi

Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI

Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…




Friday, August 13, 2010

Al Quran pemberi Syafaat



Jadilah di antara golongan manusia yg bersyukur dan mengikut segala perintah allah swt dlm al-quran dan sunnah rasullullah saw…kerana syafaat rasullulah nanti berdasarkan itu semua..
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”. Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: “Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!” Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.” “Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi” Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Riwayat Muslim) berpandukan kepada Hadis diatas… kita akan dapat mengetahui maksud yang tersirat di dalam nya yang menerangkan perihal betapa pentingnya kita ber kitab kan Al-Quran sebagai bekalan keamanan kita di akhirat esok..dimana pada hari tersebut adalah merupakan hari kemusnahan dan malapetaka yang maha teruk…. Ape yang dapat kita pelajari dari Hadis tersebut ..????? i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah SWT. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak. iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.” iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu. v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.

Sunday, August 8, 2010

The Chosen One



In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One