- »

Saturday, May 30, 2009

Berilmu sebelum solat itu wajib


Sebelum kita bersolat, terlebih dahulu kita wajib belajar dan menuntut ilmu tentang ibadah yang akan kita kerjakan, supaya nanti ibadah yang kita laksanakan itu molek dan sempurna.

Kerana jika tidak dipelajari, besar kemungkinan ibadah yang kita lakukan itu tidak sah atau rosak.Paling teruk pun, rendah mutunya.

Justeru pentingnya ilmu sebelum beribadah ini maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :


Ilmu itu merupakan iman kepada amal, sedangkan amal itu pula menjadi pengikutnya (sebagai makmum)
Hadith Riwayat Abu Nu'aim


Sabdanya lagi yang bermaksud :

Bahawasanya tidur dalam keadaan berilmu adalah terlebih baik dari solat dalam keadaan jahil.
Hadith Riwayat Abu Na'aim

Selain itu, dengan ilmu yang kita pelajari ini, akan membuatkan seseorang itu berasa benar-benartakut kepada Allah s.w.t. Firman Allah dalam surah Al-Fathir ayat 28 yang
bermaksud :


Sesesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hambaNya ialah para ilmuan(yang beriman).

Perasaan takut kepada Allah akan menimbulkan rasa kehebatan, keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan dan kekudusan Allah s.w.t.

Dari perasaan takut itulah yang akan menghasilkan khusyuk yang merupakan perkara yang amat penting sekali dalam ibadah seseorang hamba Allah yang mahukan kemenangan dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 yang bermaksud :


Sesungguhnya telah beruntunglah orang-orang yang berilmu. (iaitu) orang- orang yang khusyuk dalam solatnya.

0 comments: