- »

Thursday, February 26, 2009

Tabbaruj



Yang dimaksud dengan tabarruj ialah seorang wanita yang menampakkan perhiasannya dan keindahan tubuhnya serta apa-apa yang seharusnya wajib untuk ditutupi dari hal-hal yang dapat menarik syahwat lelaki. (Jilbab Al Mar'atil Muslimah halaman 120)


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :"Dan tinggallah kalian di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dengan tabarrujnya orang-orang jahiliyyah pertama dahulu." (Al Ahzab : 33)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. " ( QS An Nur : 31)
Rasulullah saw bersabda : Telah berkata Aishah r.a :” Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi s.a.w dengan memakai busana yang nipis.” Maka Nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan dianggota badan atau dipakaian adalah boleh membawa fitnah. Dengan ini Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan ini juga dinamakan TABARRUJ.


Ada pun di kalangan wanita bertudung sudah sempurna menutupi dada dan bahagian tubuhnya yang lain, tetapi mengenakan seluar panjang seperti ‘jean’ dan berbagai fesyen seluar di pasaran . Dengan hanya memakai baju lengan panjang separa bawah pinggul dan memakai seluar sebenarnya masih belum sempurna menutup aurat dan perbuatan ini boleh diistilahkan sebagai bertabarruj, sedangkan tabarruj itu haram. Ini kerana orang masih boleh melihat rentak dua kaki anda ketika berdiri dan ketika kaki dihayunkan ketika berjalan . Tetapi jika anda memakai kain mustahil orang lain dapat memerhatikan hayunan kaki anda. Jadi tidak salah sekiranya anda memakai kain dan memakai seluar panjang di dalamnya.

Suara lemah lembut adalah sebahagian daripada aurat wanita juga. Pengaruh suara wanita ke atas hati lelaki memang diakui juga oleh ahli-ahli psikologi moden. Oleh itu wanita yang beriman hendaklah jangan melunakkan suara mereka kepada lelaki ajnabi ketika ketika mereka sedang bermuamalah. Tetapi apa yang berlaku sekarang muda mudi kita kebanyakkan berebutan untuk menjadi penyanyi dan pelakon. Berbagai bentuk rancangan realiti tv diperkenalkan bagi mencungkil bakat yang terpendam seperti menyanyi , berlakon dan bidang peragaan. Apakah yang dikejar? Populariti yang tidak pasti atau Redha Allah yang berkekalan?

Selain itu, wanita dilarang sama sekali mengenakan bau-bauan atau perfume ketika keluar dari rumah . Di mana Rasulullah saw bersabda:

“Wanita apabila memakai wangi-wangian kemudia berjalan melalui majlis(laki-laki) maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

Tabarruj adalah salah satu sifat wanita yang tercela si sisi Allah s.w.t dan dapat menghantar wanita itu masuk ke dalam neraka.

Adalah sudah menjadi ciri-ciri mendekati akhir zaman bahawa kaum wanita itu akan beramai-ramai tabarruj. Dan para suami (orang tua) ini akan bangga dengan kelakuan anak/isterinya yang bertabarruj. Mereka menghalalkan tabarruj dan menyebutnya "Gaya Busana Islami".

Maka celakalah para suami, celaka pulalah juga para orang tua yang membiarkan kebiasaan ini.

Hendaklah manusia yang beriman (mukmin) mengikut kepada perintah ALLAH dan Rasul-NYA, mengikut jalan yang benar dan lurus. Yakni jalan-jalan yang menuju ke surga, nescaya tak ada lagi larangan dari ALLAH s.w.t. Di sana hanya ada kebahagiaan dan keselamatan kekal abadi abadan abada.

0 comments: