- »

Friday, September 11, 2009

Nur Kasih - Nilai Cinta & Pengorbanan



Khabir Bhatia, pengarah muda kelahiran New Delhi telah membuka jalan baru bagi industri perfileman dan drama tempatan. Hasil kerjanya begitu disenangi.Buktinya, sinematografi yang digunakan di dalam drama Kekasih Kuseru dan Nur Kasih ini ternyata memberi impak yang berkesan kepada karyanya.

Nur Kasih mula memasuki fasa yang menyentuh jiwa. Pergolakkan hati dan perasaan yang dialami oleh Nur Amina tatkala mana kata-kata kasar Adam seringkali menghentam hati lembut seorang wanita. Demi keluarga; di atas nama pengorbanan maka dua hati ini terpaksa korbankan cinta dan ego. Masih jauh perjalanan drama ini. Sudah pasti setiap episod akan mengundang rasa menyentuh jiwa’ kepada penonton dengan pelbagai konflik yang akan berlaku kepada Adam, Aidil, Nur Amina dan Siti Sarah.Mudah-mudahan, mesej drama ini sampai ke hati pada setiap penonton di Malaysia.



Watak Utama :

Aidil Bin Hassan

Merupakan seorang lelaki yang menjadi impian setiap gadis untuk menjadi isterinya. Aidil mempunyai keperibadian yang tinggi dan sangat bertanggungjawab. Aidil juga adalah seorang anak & abang yang sangat mengutamakan keluarga dan sanggup mengetepikan kebahagiaan diri sendiri demi untuk keluarganya. Aidil seorang yang taat kepada wanita yang dicintainya suka bermain bola dan melayari internet disamping gemar membaca buku. Walaupun Aidil sangat menyayangi Nur Amina, Aidil tetap merelakan Adam untuk memperisterikan Nur Amina. Pada Aidil wasiat terakhir Ustaz Hassan lebih penting daripada perasaannya terhadap Nur Amina.



Adam Bin Hassan

Merupakan anak kedua kepada pasangan Ustaz Hassan & Ustazah Khatijah. Dengan ketinggian 5’9 dan berat 73kg Adam sangat diminati oleh gadis-gadis dikampungnya. Lelaki berbintang Aries dilahirkan pada 7 April ini semasa kecil suka memberontak dan tidak mendengar kata ibu bapanya. Dia gemar berfoya-foya tetapi setia terhadap teman wanitanya yang bernama Katrina.
Walaupun Adam nakal tetapi dia mempunyai cita-cita yang tinggi di dalam hidupnya. Adam yang ingin membuka sebuah firma arkitek sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di University of Sydney, Australia.




Nur Amina Binti Abu Bakar

Merupakan pelajar ijizah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang senibina bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek wanita yang berjaya. Gadis yang dibesarkan di Tanjung Karang, Selangor ini ingin membina sebuah bangunan yang bercirikan Islam apabila dia tamat pengajian kelak.Sikap sanggup berkorban demi orang yang tersayang membuatkan Nur merupakan anak yang paling disayangi oleh pasangan Imam Abu Bakar & Mak Ani. Nur sangat berpegang teguh kepada prinsip tiada kejayaan tanpa rintangan, tiada kebahagiaan tanpa kesedihan.



Siti Sarah Binti Abu Bakar

Merupakan adik kepada Nur Amina. Seorang yang manja, periang dan sering mengembirakan hati keluarganya. Akan tetapi hati Sarah mudah terguris dan jikalau Sarah mahukan sesuatu dia akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya. Gadis yang sedang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sungai Burong, Tanjung Karang ini suka membaca majalah hiburan, berhias & juga mencantikkan diri di depan cermin. Akan tetapi salah satu cita-cita Sarah yang akan cuba diusahakan sehingga ianya tercapai adalah untuk mengahwini Aidil. Sarah akan berusaha sedaya upaya untuk menawan hati Aidil dan tiada siapa yang dapat menghalang termasuklah Nur Amina.


Katrina Anne Carlson

Dikenali sebagai seorang yang sangat sosial dan suka berkunjung ke kelab malam. Gadis kelahiran Sydney, Australia ini sedang melanjutkan pelajaran di University of Sydney, Australia di dalam bidang sastera. Katrina sangat menyayangi Adam dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Adam. Katrina sentiasa menjadi penasihat kepada Adam apabila Adam menghadapi masalah. Sikap penggoda, romantik & manja pada Katrina yang membuatkan Adam tertarik kepadanya. Apabila tamat belajar Katrina ingin menjadi pensyarah.

Sunday, September 6, 2009

Dialog Ramadhan Dihadapan Allah S.W.T




Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.


MORAL & IKTIBAR
  1. Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had.
  2. Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji.
  3. Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr.
  4. Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus.
  5. Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.
  6. Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.